PERATURAN AM
A- Penggunaan Perpustakaan
1. Pelajar hendaklah beratur sebelum masuk ke perpustakaan.
2. Pelajar perlu menanggalkan kasut sebelum masuk ke
perpustakaan.
3. Pelajar hanya dibenarkan masuk ke perpustakaan dengan
kehadiran guru.
4. Guru mestilah berada dalam perpustakaan bersama – sama
dengan pelajar sepanjang waktu perpustakaan.
5. Guru hendaklah memastikan pelajar – pelajar yang dibawa
masuk,membaca atau membuat rujukan bahan yang terdapat di perpustakaan.
6. Guru bertanggungjawab sepenuhnya ke atas keselamatan
pelajar dan ketenteraman perpustakaan sepanjang waktu pelajar berada di
perpustakaan.
7. Guru hendaklah memastikan pelajar – pelajar yang dibawa
ke perpustakaan mematuhi peraturan perpustakaan.
8. Guru hendaklah menandatangani Buku Rekod Penggunaan
Perpustakaan setiap kali membawa pelajar masuk ke perpustakaan.
9. Bilangan kelas yang boleh berada di dalam perpustakaan
pada satu waktu ialah satu kelas sahaja.
10. Guru boleh membawa pelajar ke perpustakaan jika tiada
siapa menggunakannya.
11. Guru hendaklah memastikan pelajar meletakkan buku di
tempat asal atau di dalam bakul yang disediakan.
12. Sebelum meninggalkan perpustakaan,guru perlu memastikan
semua suis dimatikan dan pastikan pelajar tidak membawa barang perpustakaan
keluar.
13. Murid boleh meminjam buku sewaktu masuk ke perpustakaan
asalkan ada pengawas perpustakaan.
14. Pelajar Tahap 2 dibenarkan membaca buku di perpustakaan
pada waktu rehat dengan pengawasan pustakawan sekolah.
B-Pinjaman Buku
1. Guru boleh meminjam buku di perpustakaan tetapi hendaklah
dicatatkan di buku pinjaman guru yang terdapat di kaunter dan hendaklah
mengisikan maklumat yang diperlukan di dalam buku tersebut.Ini adalah meliputi
seperti tarikh pinjaman dan pemulangan.
2. Tempoh pinjaman untuk setiap buku adalah satu bulan.Jika
guru masih memerlukan buku yang sama,mereka hendaklah memperbaharui tarikh
pinjaman mereka di dalam buku yang disediakan.
3. Guru – guru juga dibenarkan meminjam buku untuk bilik –
bilik khas yang mereka pegang seperti bilik darjah,makmal sains dan sebagainya.
C-Peraturan Perpustakaan
1. Hanya pelajar sekolah ini yang berpakaian seragan lengkap
atau baju T sekolah atau pakaian sukan disertai dengan lencana dibenarkan masuk
ke perpustakaan.
2. Pada waktu belajar,pelajar hanya dibenarkan ke
perpustakaan dengan kehadiran guru.
3. Semua pelajar sekolah ini boleh menggunakan kemudahan
perpustakaan sekolah.
4. Makan dan minum di dalam perpustakaan dilarang sama
sekali.
5. Buku Bancian Membaca dan buku yang hendak dipulangkan
sahaja yang dibenarkan dibawa masuk ke perpustakaan.
6. Buku milik sendiri yang dibawa masuk oleh pelajar
hendaklah diberikan kepada pengawas sumber atau pustakawan yang bertugas untuk
disemak sebelum keluar dari perpustakaan.
7. Pelajar yang memasuki ke perpustakaan hendaklah
menggunakan bahan – bahan yang ada di perpustakaan untuk membuat rujukan atau
membaca.Pelajar dilarang membuat bising,berbual atau bercakap dan mengganggu
kawan lain semasa berada di perpustakaan.
8. Gunakan bahan – bahan bacaan dengan cermat.Pelajar
dilarang menconteng,mengoyak,menggunting atau melipat buku – buku,majalah adan
akhbar.
9. Majalah adan akhbar yang dibaca hendaklah diletakkan
semula di tempat asalnya.
10. Urusan meminjam dan memulangkan buku hendaklah melalui
pustakawan yang bertugas.
11. Kerusi yang digunakan hendaklah disorongkan semula ke
bawah meja sebelum keluar dari perpustakaan.
12. Sebarang bahan bacaan yang dibawa keluar hendaklah
disemak oleh pustakawan.Bahan bacaan yang dibawa keluar tanpa bukti meminjam
dianggap sebagai perbuatan mencuri.
13. Buku boleh dipinjam dengan menggunakan Kad Ahli dan
mengikut peraturan peminjaman.
14. Semua pelajar mesti mendengar teguran dan arahan
pustakawan semasa berada di perpustakaan.
15. Peraturan perpustakaan yang sedia ada boleh diubahsuai
mengikut keperluan semasa.
16. Jika pelajar didapati melanggar peraturan
perpusatakaan,tindakan tegas akan diambil terhadap pelajar berkenaan seperti
dilarang ke perpustakaan,tidak dibenarkan meminjam buku atau pun diserahkan
kepada pihak berkuasa sekolah.
D.Peraturan Pinjaman Dan Pemulangan Buku
1. Pinjaman buku hanya boleh dilakukan dengan kad ahli.
2. kad Ahli boleh diperolehi dari perpustakaan dengan harga
RM 0.20 sahaja.
3. Setiap pinjaman buku hanya boleh dilakukan dengan
menggunakan kad ahli milik peminjam.Pelajar tidak digalakkan meminjam buku
untuk pelajar lain.Peminjam bertanggungjawab sepenuhnya terhadap buku yang
dipinjam.
4. Buku boleh dipinjam melalui guru kelas bagi Tahun 1,waktu
perpustakaan bagi Tahun 2 dan 3 dan pada waktu rehat iaitu pada jam 9.40-10.30 pagi.
5. Bilangan buku yang boleh dipinjam ialah sebuah buku
sahaja.
6. Pustakawan boleh meminjam dua buah buku sama ada dengan
menggunakan kad atau menulis di dalam buku yang disediakan untuk pustakawan.
7. Tempoh pinjaman : 1 minggu
8. Kekerapan meminjam : Buku boleh dipulangkan lebih awal
dari tarikh pemulangan jika pelajar telah habis membaca dan mereka boleh
meminjam buku yang lain.
9. Buku hendaklah dipulangkan pada tarikh yang ditetapkan
pada slip tarikh pulang yang terdapat pada setiap buku yang dipinjam.
10. Buku yang lewat dipulangkan akan dikenakan denda
sebanyak RM 0.20 sehari.
11. Jika buku yang dipinjam rosak,peminjam akan dikehendaki
membayar gantirugi berdasarkan kerosakan yang telah dilakukan.
12. Jika buku yang dipinjam hilang,peminjam bertanggungjawab
membayar harga buku tersebut atau menggantikannya dengan harga buku baru.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan